Bergegar segunung rindu
Bila kau nobat cintamu itu
Nur gusar hilang berlalu
Kasih tersemai di lubuk hatiku
Berlaguku memburu waktu
Seiring tersebut namamu
Di dalam mimpi siang dan malamku
Tak seinci tumpah kasihku
Jendela hati terbuka
Bila kau lafaz kalimah itu
Asmara tunda gelora
Gubahan kasih menjadi satu
Hilangkan resah cemburu
Ikhlas kau jemput bertemu
Berbunga mekar bersambut cintaku
Dikau satu penawar rindu
Jauh tak bertemu menghimpunkan rindu
Redup di matamu di hatiku salju
Ingin ku miliki dirimu
Walau lautan api sanggup kurenang
Berkubur di telapak tangan
Melepaskanmu tidak kufikirkan
Kupimpin tanganmu
Kejinjang rindu
Biar orang tahu
Cintaku padamu satu
Mahligai bersatu dahulu impian
Syurga idaman satu kenyataan
Detik perkenalan bermula dengan sebuah senyuman..... Berakhir dengan episod kenangan..... Moga setiap pertemuan tidak akan berakhir dengan perpisahan...
Hadirlah oh suria sinari taman ini
Yang kegersangan menanti embun menitis
Walau kemarau melanda di kutub kasih
Yang dulu subur mekar dan mewangi
Iman yang berlalu pasti tak kembali
Selami ke dasar akan kau temui
Akar pepohon merimbun dibakar kasih
Walaupun sedikit bagi ku memadai
Ku harap kau kan menerangi
Segenap sudut taman yang sepi
Suria hadir mu membalut luka
Terpancar menyuluh taman sepi
Inginkan kau bertahta di hatiku
Ku pasti rendangkan kasih suci
Dalam mencari ketulusan hati
Mengharap ku temu...
Si kecil yang meminta kelesuan
Tersedu mengharapkan belas ihsan
Berjuta debuan mengenyangkan
Itulah hidangan yang biasa saja
Dimana harga
Sebenar kita
Masih mengejek menghina
Tapi tak cuba bantu
Memandang sahaja
Sambil berkata kata
Eh! kotornya dia
Ah! engkau siapa
Siapakah dia
Serupa
Pemuda rambut panjang melintas
Berhenti menghulurkan sesuatu
Bercahaya dimatanya yang layu
Aku yang kebingungan jadinya
Benar benarkah ini ikhlasmu
Tak akan terpandang sepantas
Engkau cuba berpaling
Melangkah dan teruskan langkahmu
Berjalan
Jalan-jalan