3/31/2011 09:07:00 AM

.: Persoalan demi persoalan :.

As-salam,

Dah lama x update blog nie. Sorry, busy skit dkt tempat kerja baru nie. Anyway entri kali nie berdasarkan dr pengamatan keadaan sekeliling yang semakin hari semakin susah untuk mendapatkan jawapan yg tepat. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran tentang kehidupan, fikiran, masa depan anak2 muda ketika ini. Disini ada beberapa persoalan yg secara spontan terdetik di kepala otak dikala mengamati 'mental thinking' anak2 muda remaja ketika ini. Antaranya ialah :

1) Anak perempuan wajib taat pada ibubapa berbanding taat pada suami sendiri atau sebaliknya?

2) Kahwin awal punca masalah?

3) Kahwin di negara jiran punca masalah?

4) Perlukah wanita menghabiskan study terlebih dahulu?

5) Perlukah wanita ada kerjaya yang bagus kemudian berbakti kepada ibubapa barulah ibubapa merestui perkahwinan?

6) Apakah hak suami dan hak isteri jika isteri atau suami atau kedua-duanya masih belajar?

7) Apakah hak ibubapa terhadap anak perempuannya yang telah berkahwin semasa belajar?

8) Adakah jin dan sihir boleh dikaitkan dengan kes perempuan kahwin masa study?

9) Adakah benar kahwin awal ini suatu sunnah?

10) Adakah benar si anak gadis pandai jaga diri semasa berjauhan dari ibubapa semasa study?

11) Adakah si anak gadis ramai kawan lelaki lebih disukai ibubapanya berbanding memiliki hanya satu suami?

12) Adakah benar jika si isteri berkahwin, maka si isteri gagal dalam pelajaran kerana 'study group' partner dari rakan lelaki?

13) Adakah berkahwin muda punca penceraian?

14) Bagaimana sikap kita (pasangan suami isteri)?

15) Apa matlamat berkahwin?

16) Sedar atau tidak pasangan muda telah membuat keputusan yang rasional utuk berkahwin muda?

dan banyak lagi persoalan yang perlu kita jawab sendiri berdasarkan logik dua tempat, iaitu tempat si anak dan tempat si keluarga di mana kita boleh memungut pro dan kontra mengenai perkara ini. For me persoalan yang paling penting adalah adakah cukup ilmu di dada, persediaan dari segi mental dan fizikal, mengharungi onak ranjau kehidupan bersama before betul2 membuat keputusan untuk berkahwin? Adakah pendapat anak2 muda sekarang yang kita tahu masih tidak cukup ilmu di dada ini boleh diterima pakai untuk persoalan2 begini?

Sekiranya masih was-was, rasa belum lg cukup ilmu di dada, belum cukup matang, blur, belum sampai masanya, maka eloklah tidak dibahaskan atau diutarakan perkara ini bg anak2 muda seolah2 tiada topik lain yang lebih penting dan berilmu untuk dibincangkan. Bersiap sedialah dahulu utk belajar segala ilmu selagi masih ada lg ruang dan masa utk berbuat demikian. Apabila tiba masanya dan telah cukup segala persiapan, barulah boleh dibincangkan seterusnya melangsungkan perkahwinan dengan lancar tanpa sebarang persolan2 di atas td. Renung-renungkan. Sekian.

Wallahu alam.