1/29/2009 09:32:00 AM

Anak Zaman Ini

Anak zaman ini
Solat tertinggal di kaca TV
Pelakon dan penyanyi bagaikan wali
Majalah hiburan bak kitab suci
Filem-filem dipuja sehari-hari

Anak lelaki zaman ini
Sekali pandang macam perempuan
Dua kali pandang rupanya pondan
Ada yang jeans dikoyak, muka ditindik
Rambutnya panjang, kalah jembalang!

Anak gadis zaman ini
Hilai tawa mengalahkan jantan
Pakaian terdedah lagak tak sopan
Menjolok mata, meleburkan iman
Harga diri senipis kulit bawang

Anak-anak zaman ini
Doa tak sefasih kata carutan
Alunan muzik zikir harian
Lebih dihafal dari ayat Al-Quran
Nasihat ibu dah tak dipedulikan
Dek sayang si buah hati
Konon sanggup sehidup semati
Akhirnya tergadai body
Janji tak ditepati, merana diri