4/19/2009 11:25:00 PM

.:: Rahsia Bulan Lahir Anda ::.

Jan....Feb....hinggalah Disember....cukup ler 365 hari....tak termasok taun lompat...apek lompat....depan ada longkhang...muahahaha....

JANUARI

-Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi.
-Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema.
-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
-Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
-Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
-Cukup sayang pada kanak-kanak.
-Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
-Pandai mengambil hati orang lain.
-Pendiam kecuali setelah dirangsang.
-Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
-Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
-Setia pada segala-galanya.
-Suka duduk rumah.
-Suka mendidik dan dididik.
-Suka smart, kemas dan teratur.

FEBRUARI

-Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
-Amat mudah dan boleh menjadi boros.
-Belajar untuk mempamerkan emosi.
-Bercita-cita tinggi dan suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
-Berfikiran abstrak.
-Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
-Berpersonaliti yang mudah berubah.
-Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
-Intelligent, bijak dan genius.
-Jujur dan setia pada segalanya.
-Keras hati untuk mencapai matlamat.
-Mudah memberontak apabila dikongkong.
-Mudah mempamerkan marahnya.
-Mudah menawan orang lain.
-Pemerhatian yang tajam.
-Sangat berani dan suka memberontak.
-Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran.
-Suka benda yang bersifat seni.
-Suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkannya.
-Suka hiburan dan sukan.
-Suka kegiatan yang lasak.
-Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
-Tidak suka benda yang remeh-temeh.
-Tidak suka dikongkong.

MAC

-Berpersonaliti yang menarik dan menawan.
-Jangan laa terlalu moody.
-Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
-Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
-Kelam-kabut dalam memilih pasangan.
-Mudah didampingi.
-Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
-Punya bakat seni dalam bidang muzik.
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang tinggi.
-Sangat peka kepada orang lain.
-Sangat pemalu dan memendam rasa.
-Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan persekitaran.
-Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, dan mudah simpati.
-Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang lain.
-Suka berangan-angan.
-Suka dengan hiasan rumahtangga.
-Suka melancong.
-Suka pada kedamaian.
-Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
-Tidak cepat marah dan sangat amanah.

APRIL

-Agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan.
-Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
-Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
-Emosi cepat terusik. Cuba kawal emosi.
-Gerak hati yang sangat kuat.
-Kecenderungan bersifat dendam.
-Kuat daya ingatan.
-Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
-Punya daya mental yang sangat kuat.
-Sangat aktif dan dinamik.
-Sangat berani dan tiada perasaan takut.
-Sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan, dan pandai menyelesaikan masalah orang lain).
-Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
-Sangat/terlalu cemburu.
-Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun, dan pemurah.
-Suka diberi perhatian.

MEI

-Agak boros.
-Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit.
-Bersikap sistematik (otak kiri).
-Cantik dari segi mental dan fizikal.
-Daya khayalan yang tinggi.
-Fizikal yang baik.
-Kekerasan hati dan degil.
-Kelemahan sistem pernafasan.
-Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
-Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
-Mudah dipujuk.
-Mudah marah apabila tidak dikawal.
-Pandai berdebat.
-Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.
-Pemikiran yang tajam.
-Perasaan yang amat mendalam.
-Rajin dan bersemangat tinggi.
-Suka berangan.
-Suka sastera, seni dan muzik serta melancong.
-Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
-Tidak berapa suka duduk di rumah.
-Tidak boleh duduk diam.
-Tidak perlu dimotivasikan.
-Tidak punya ramai anak.

JUN

-Berfikiran jauh dan berwawasan.
-Berperangai yang lemah lembut.
-Bersikap sensitif.
-Bersikap suka menangguh-nangguh.
-Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik.
-Cepat marah dan cepat sejuk.
-Cepat rasa bosan.
-Idea yang terlalu banyak di kepala.
-Kedegilan yang tidak terkawal.
-Kurang mempamerkan perasaan.
-Lambat nak sembuh apabila hati terluka.
-Mudah berkawan dan pandai berkawan.
-Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
-Mudah ditawan kerana bersikap baik.
-Mudah kecil hati.
-Mudah kena selesema.
-Mudah menjadi eksekutif.
-Orang yang sangat tertib.
-Otaknya aktif. (sentiasa berfikir).
-Otaknya cerdas berangan-angan.
-Pandai mempamerkan sikap.
-Sesiapa yang memuji adalah musuh tetapi sesiapa yang menegur adalah kawan.
-Sikap terlalu memilih dan cerewet.
-Suka bercakap dan berdebat.
-Suka berkemas.
-Suka buat lawak dan bergurau.
-Suka kepada barang yang berjenama.
-Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

JULAI

-Ada harga dan maruah diri.
-Agak pendiam kecuali jika dirangsang.
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
-Berjiwa sentimental.
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
-Jarang berdendam.
-Layanan yang serupa dengan semua orang.
-Lemah dari segi kesihatan perut.
-Membimbing cara fizikal dan mental.
-Minta disayangi.
-Mudah dan rajin belajar.
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
-Pemerhatian yang tajam.
-Rajin dalam membuat kerja.
-Sangat menjaga hati orang lain.
-Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. Sangat peramah.
-Tinggi daya simpati.
-Sangat seronok didampingi.
-Suka duduk di rumah.
-Suka mendiamkan diri.
-Suka mengenangkan peristiwa / kawan lama.
-Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.
-Suka muhasabah diri.
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
-Tak agresif kecuali terpaksa.
-Terlalu mengambil berat.
-Tidak menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
-Tidak suka benda remeh-temeh.

OGOS

-Berani dan tidak tahu takut.
-Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
-Bersikap ego.
-Cepat ditimpa penyakit.
-Cepat berfikir.
-Cepat marah dan mudah mengamuk.
-Dahagakan pujian.
-Daya pemerhatian yang tajam dan teliti.
-Fikiran yang berdikari.
-Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
-Mudah tertawan kepadanya.
-Nilai harga diri yang sangat tinggi.
-Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan.
-Pandai pujuk orang lain.
-Romantik, pengasih, penyayang.
-Sangat cemburu.
-Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
-Semangat juang yang luar biasa.
-Sifat suka berangan.
-Sikap kelam kabut. Belajar untuk relaks.
-Sopan santun dan caring terhadap orang lain.
-Suka berlawak.
-Suka memimpin dan dipimpin.
-Suka mencari kawan.
-Terlalu pemurah

SEPTEMBER

-Bersistematik.
-Kawal diri dari terlalu mengkritik.
-Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
-Kurang menunjukkan perasaannya.
-Mudah memahami orang lain (daya firasat tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
-Orang yang banyak berfikir.
-Otak bijak dan mudah belajar.
-Pandai mendorong diri sendiri.
-Pendiam tapi pandai bercakap.
-Sangat bersopan santun dan bertolak-ansur.
-Sangat cermat, teliti dan teratur.
-Sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur.
-Sangat sensitif yang tidak diketahui.
-Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati.
-Suka mencari maklumat.
-Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik.
-Suka sukan, hiburan dan melancong.
-Sukakan benda yang luas.
-Terlalu memilih pasangan.
-Sangat lama menyimpan luka di hati.

OKTOBER

-Ambil berat tentang orang lain.
-Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran.
-Cepat marah.
-Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
-Emosi yang kelam kabut.
-Emosi yang mudah terusik.
-Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama.
-Kecantikan luar dan dalam.
-Macam pentingkan diri sendiri.
-Mudah patah semangat.
-Mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan.
-Mudah terusik hati dan cemburu.
-Orang yang adil.
-Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
-Romantik dalam percintaan.
-Sangat menawan dan sopan santun.
-Sentiasa berkawan.
-Suka ambil jalan tengah.
-Suka berangan dan pandai bercakap.
-Suka kegiatan luar.
-Suka melancong, bidang sastera dan seni.
-Suka melihat dari perspektifnya sendiiri.
-Suka orang yang sayang padanya.
-Suka sembang.
-Tidak menolong orang lain kecuali diminta.
-Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
-Tidak suka terima pandangan orang lain.

NOVEMBER

-Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
-Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya.
-Badan yang tough.
-Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
-Banyak idea dalam banyak perkara.
-Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.
-Berfikiran ke hadapan. Berfikiran unik dan bijak. Cara berfikir lain dari orang lain.
-Cermat dan teliti.
-Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
-Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
-Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi.
-Mudah ambil berat terhadap orang lain.
-Otak yang sangat tajam.
-Pandai mendorong diri sendiri.
-Pandai muhasabah diri.
-Pemikiran yang tajam.
-Penuh dengan idea baru yang luar biasa.
-Personaliti dinamik.
-Romantik.
-Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
-Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
-Suka duduk di rumah.
-Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
-Tak suka marah kecuali kalau digugat.
-Terlalu degil dan keras hati.
-Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Tidak menghargai pujian.
-Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.

DISEMBER

-Benci pada kongkongan.
-Bercita-cita tinggi.
-Bersifat patriotik.
-Cepat marah.
-Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.
-Perangai yang berubah-ubah.
-Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
-Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
-Sangat setia dan pemurah.
-Seronok didampingi.
-Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
-Suka bercampur dengan orang.
-Suka berlawak.
-Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
-Suka menjadi orang berpengaruh dalam organisasi.
-Tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi.
-Tidak pandai berpura-pura.

Credit : tokeikedai online

0 comments: