Telah menjadi amalan di dalam pelbagai budaya...
Anak muda akan merantau meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu...
Menikmati pemandangan dari sudut berbeza...
Meneroka kemungkinan, menambah pengalaman, belajar tentang kehidupan...
Akhirnya pulang bersama kejayaan dan menabur bakti di kampung halaman...
Tradisi itu masih tak berubah...
Setiap kali kita merantau untuk mengejar cita-cita...
Kita bawa bersama seribu impian yang indah-indah...
Kita bawa harapan dan doa dari keluarga untuk berjaya...
Kita belajar untuk menentukan nasib kita sendiri...
Zaman dah berubah...
Hutan rimba dah berganti dengan hutan batu-bata...
Harimau, gajah dan kera sudah digantikan dengan motor, lori dan kereta...
Keris dan pedang diganti oleh duit dan wang...
Namun begitu...
Harapan setiap manusia majoritinya tetap sama...
Untuk mencari hidup selesa...
Untuk berjaya mencapai segala yang dicita...
kadang-kadang pengalaman itu terlalu mahal harganya...
Tiada tanda harga yang boleh mentafsirkan nilainya...
Ada pelbagai jenis manusia dalam dunia ini tuhan jadikan
Dalam pelbagai bentuk dan sifat...
Sebagai ujian untuk kesemuanya belajar memahami persamaan dan perbezaan...
Ada yang baik, ada yang jahat...
Ada yang bijak, ada yang bodoh...
Ada yang cantik, ada yang hodoh...
Ada yang selalu bertuah, ada jugak yang selalu malang...
Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan...
Terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakannya...
Ada sesetengah orang akan mengaku tewas apabila tak tahan dengan dugaan...
Ada juga yang akan bangkit dengan lebih kuat...
Ada yang bangkit dengan bijak...
Ada yang terlalu ikut nafsu dan perasaan...
Asasnya sebutir pasir...
Memang mudah jadi debu apabila ditiup angin...
Namun begitu...
Jika dibentuk menjadi bata yang kuat...
Disusun rapi menjadi dinding dan tiang...
Bakal membentuk tamadun gemilang...
Everything starts with hope and dreams!
0 comments:
Post a Comment