2/09/2011 06:40:00 PM

Renungilah!

Dunia ibarat medan pertempuran. Manusia ibarat pejuang. Perjuangan memerlukan keikhlasan. Tanpa keikhlasan perjuangan akan sia-sia. Musuh dalam perjuangan penuh muslihat. Kebijaksanaan adalah senjata paling ampuh dalam peperangan. Kesabaran adalah pertahanan paling kental dalam perjuangan. Pengorbanan adalah harga paling mahalbagi perjuangan.

Oleh itu, jangan sia-siakan kehidupan anda. Kenalilah diri anda. Penuhilah ilmu di dada. Rancanglah kehidupan anda dengan kebijaksanaan. Hiasilah diri anda dengan kesabaran dan ketabahan. Itulah pengorbanan dalam kehidupan. Bebanan dan tanggungjawab bukanlah satu tekanan bagi seorang pejuang. Ia adalah satu syarat dalam perjuangan.

Jika anda melihat sesorang yang miskin dan hdup penuh dengan dugaan, jadikanlah ia sebagai 'penawar' dalam kehidupan anda. Jika anda melihat seorang yang kaya dan hidup dengan penuh kesenangan, percayalah apa yang diperolehinya pasti didahului dengan kesukaran dan kepayahan. Itulah resepi kejayaan.

Ingatlah!

Kejayaan tidak akan diperolehi dengan angan-angan sebaliknya kejayaan akan diperolehi dengan perjuangan.