2/09/2011 06:00:00 PM

Tanda-tanda berlaku stress

Sebenarnya stress hanya dapat diletahui apabila seseorang sudah pun mengalaminya pada peringkat permulaan. Tanda-tanda stress berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Tanda-tanda stress bolehlah dinyatakan secara ringkas seperti berikut :

Fizikal :

- Sakit kepala
- Sakit dada
- Berpeluh
- Kering tekak dan mulut
- Kerap selsema
- Senggugut
- Rambut gugur
- Rasa gatal
- Kejang perut, otot tengkuk, bahu dan bahagian belakang
- Pernafasan menjadi lebih cemas
- Degupan jantung menjadi lebih cepat
- Sistem imunisasi badan menjadi lemah
- Sejuk tangan dan kaki
- Sukar untuk tidur
- Cirit-birit atau tidak dapat mengawal kencing
- Muntah
- Tekanan darah menjadi tinggi
- Berat badan berubah
- Mengalami insomnia

Minda :

- Hilang tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Minda kosong
- Tiada wawasan
- Rendah harga diri
- Sentiasa rasa kurang seronok

Emosi :

- Rasa bimbang
- Gementar
- Tertekan
- Marah
- Kecewa
- Runsing
- Takut
- Hilang sabar
- Mudah tersinggung
- Rasa terganggu
- Berfikiran singkat

Tingkah laku :

- Menjerit secara tiba-tiba
- Menjadi pendiam
- Makan berlebihan atau tidak selera untuk makan
- Mula merokok atau bertambah kuat merokok
- Gagap
- Ketawa dengan kuat
- nada suara bergetar
- Menangis
- Gertap bibir
- Menunjukkan tabiat gelisah seperti menggigit kuku

Barangkali setiap orang pernah mengalami perkara-perkara di atas. Cuam sebahagian besarnya kita dapat mengawalnya sehingga ia tidak berpanjangan dan merebak kepada tindakan fizikal. Ketahanan diri yang ada pada sesorang itu akan menentukan kronik atau tidak stress yang dialaminya.

Adakah anda pernah mengalami stress? Sila jawab soalan ini dengan sehabis ikhlas hati anda.

Tanda Stress : Hilang sabar

1. Anda pernah memarahi suami, isteri, anak atau rakan kerana sesuatu perkara yang tidak bersangkutan dengan mereka?
2. Bila anda marah kepada seseorang, kemarahan anda akan berpanjangan?
3. Anda pernah marah kerana perkara yang remeh-temeh?
4. Anda pernah melakukan perkara yang memalukan di hadapan orang lain kerana melepaskan kemarahan anda?
5. Anda pernah melepaskan kemarahan anda kepada objek-objek yang tidak hidup seperti kerusi, buku, kereta, handphone dan sebagainya?
6. Anda pernah menuding jari kepada orang yang dimarahi dan mengancam akan membalas perbuatannya suatu hari nanti?
7. Anda pernah memukul orang kerana kemarahan?
8. Anda tidak mempedulikan apa saja yang berlaku ketika anda marah asalkan puas hati anda?

Jika kebanyakkan jawapan anda adalah "ya", bermakna anda pernah mengalami stress, tetapi jika ia tidak berterusan bermakna anda telah berjaya mengatasinya. Tetapi jika jawapan anda "tidak" pada keseluruhannya atau sebahagian besar daripadanya, tidak bermakna anda tidak mengalami stress. Kesimpulannya jarang sekali sesorang itu terselamat daripada mengalami stress, cuma mungkin stress tersebut berada di tahap yang rendah dan kita dapat mengatasinya.

0 comments: